Friday, April 17, 2015

Di manakah Lokasi Pelaburan Hartanah yang Terbaik?

Lokasi pelaburan hartanah yang terbaik
Saya boleh katakan, inilah soalan cepu emas yang saya dapat apabila saya memperkenalkan diri. Di manakah lokasi pelaburan hartanah yang terbaik?  
Sesungguhnya apabila saya diajukan soalan begini, ada sedikit tergamam. Bukan tidak tahu hendak menjawab. Tetapi takut beri salah jawapan kepada si penanya.
Umumnya, lokasi pelaburan hartanah yang terbaik berbeza-beza mengikut profil kewangan masing-masing. Kalau dalam sesi coaching, bolehlah saya bertanya secara terperinci latar belakang si penanya. Berapa gaji? Komitmen? Wang simpanan? kemampuan dari segi kewangan dan pinjaman? Tinggal di mana? Banyak aspek yang perlu kita perhalusi sebelum kita dapat tahu di manakah lokasi pelaburan hartanah yang sesuai dengan kita.
Sesuai dengan kita, maksudnya yang terbaiklah untuk kita, bukan? Macam pilih calon isteri. Erk..

JANGAN CARI HOT SPOTS!

Selain lokasi yang terbaik, orang sering kaitkan dengan lokasi hot spots. 
  1. Jangan terlalu percaya kepada hot spots. Sesuatu lokasi boleh jadi ‘panas’ disebabkan spekulasi oleh pelbagai pihak dan kemudian ‘sejuk’ macam tiada apa-apa berlaku. Buat pelaburan di lokasi yang akan memberikan perningkatan modal jangka panjang dengan konsisten.
  2. Jangan ikut orang. Apabila orang cakap sini akan bakal menjadi hot spot, ramai-ramai meluru beli di sana. Selalunya peratusan kesilapan amatlah tinggi.
    Herd Mentality
  3. Anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk membeli di kawasan yang bakal dikatakan hot spots. Bila anda terbeli awal, anda terpaksa menangung beberapa tahu sehingga kawasan sekeliling membangun. Apabila anda beli lambat, harga pula sudah melambung tinggi. Buat kira-kira dan kajian.
  4. Mencari hot spot baru selalunya segala maklumat yang kita dapat adalah berdasarkan pendapat dan bukannya fakta. Perlu berhati-hati.
  5. Hot spots – dekat dengan KLCC. Cukup infra. Tetapi terlalu mahal dan kadang-kadang tidak masuk dek akal.

Lokasi pelaburan hartanahLOKASI PELABURAN HARTANAH YANG TERBAIK

  1. Pilih di kawasan yang sedang membangun. Lihat gambar di atas. Lihat anak panah yang menunjukkan pergerakan kawasan yang sedang membangun.
  2. Boleh dapat membeli hartanah dengan harga yang berpatutan tetapi lebih nilai dari segi aliran tunai dan peningkatan modal
  3. Anda perlu tahu permintaan di kawasan terbabit. Kemudahan yang disediakan. 2 aspek yang perlu anda lihat ialah penduduk dan perniagaan sekeliling. Adakah bertambah dari tahun ke tahun ataupun suam-suam kuku sahaja.
  4. Kesesakan lalu lintas – masalah dan peluang. Ini menandakan penduduk dan perniagaan sudah bertambah.

KESIMPULAN

  • Beli hartanah bawah dari harga pasaran
  • Cari hartanah yang sesuai dengan profil kewangan
  • Cari hartanah di kawasan yang sedang berkembang dan mempunyai peningkatan harga, ada cash flow, boleh dijual dan boleh disewakan dengan cepat.
  • Cari lokasi yang mempunyai kemudahan yang unik di sekeliling seperti pusat membeli belah, taman tema, pusat kesihatan dan hub pendidikan.
  • Jangan abaikan hartanah subsales.
Di manakah lokasi pelaburan hartanah yang terbaik?  
Jika anda sudah baca artikel di atas, anda semestinya boleh menjawab soalan itu sendiri. Tak puas hati lagi, baca artikel rakan saya, Tuan Azri.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...