Monday, August 8, 2011

Puding Vanila Caramel Chocolate



Di waktu lapang, teringin plak nak makan pencuci mulut ala-ala hotel gitu. Ape lagi, carian di Google tak penah mengecewakan, macam-macam resepi boleh dicari. Puding Vanila Caramel Chocolate yang "dipublish" di salah sebuah blog memang sudah pasti membuatkan anda teliur. Rasanya sungguh berkrim, dan tentunya disukai ramai... Selamat mencuba... 
Bahan untuk Vanila Caramel
  • Gula pasir 100 gram untuk Karamel
  • Air 100 ml
  • Agar-agar bubuk 1 bungkus
  • Susu 650 ml
  • Vanili 1 sendok teh
  • 1 biji kuning telur
  • Gula pasir 50 gram
Bahan untuk Puding chocolate
  • Agar-agar 1 bungkus
  • Dark cooking Chocolate 100 gram
  • Cokelat bubuk 25 gram
  • Susu 650 ml
  • 1 biji telur
  • Gula pasir 100 gram
Cara Membuatnya :
01.Karamel : gula ditaruh dalam panci, lalu panaskan sampai meleleh dan berwarna coklat, tuangkan air 100 ml sedikit sedikit sampai larut, sisihkan
02.Agar-agar dimasak dengan susu, karamel dan gula sampai mendidih, kemudian campurkan dengan kuning telur, kacau lalu angkat dan masukkan kedalam cetakan
03.Untuk puding cokelat: Campurkan satu susu, agar2 cokelat, dark cooking chocolate, gula lalu kacau dan didihkan. Kemudian masukkan telur, kacau sehingga sebati lalu tuangkan diatas cetakan puding vanilla caramel tadi.
04.Masukkan dalam peti ais. Biarkan sejuk dan hidangkan..

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...