Monday, August 8, 2011

Sambal Udang & Petai



Sebut je petai, ada je antara kita yang membayangkan baunya yang harum. Ditambah dengan udang yang meliak liuk memang terasa nikmat bila mencecah perut ini. 
Bahan-bahan
  • 500 gm udang
  • 30 biji buah petai
  • 1 labu bawang besar
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 3 s/b sos tomato
  • Minyak
  • Garam
  • Gula
Bahan dikisar
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Cara-cara
01.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
02.Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
03.Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
04.Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...