Monday, August 8, 2011

Ketam Bercili



Buntu memikirkan masakan untuk hidangan tengahari anda? Apa kata cuba resepi Ketam Bercili. Isi yang putih gebu, ditambah dengan rasanya yang lemak manis dan pedas yang menyengat memang sesuai dihidangkan pada waktu makan tengahari. 

Bahan-Bahan
  • 1 kg ketam
  • 70 gm bawang merah }
  • 40 gm bawang putih }
  • 300 gm cili merah }dikisar
  • 100ml minyak masak
  • semangkuk kecil sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Masakan
01.Ketam dipotong mengikut citarasa anda, dibersihkan dan kemudian digoreng .
02.Tumiskan bahan kisar . Biarkan sehingga naik baunya dan garing.
03.Masukkan sos tiram, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
01.Masukkan ketam dan balik - balikkan seketika. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...