Monday, August 8, 2011

Nasi Beriyani Berempah



Lidah orang melayu memang tak penah lari dari santapan nasi beriyani, nasi minyak, nasi tomato atau nasi hujan panas. Selalunya, hidangan nasi beriyani menjadi menu dalam majlis kenduri kahwin, dan kebanyakannya mudah didapati di restoran atau kedai makan.
Jadi, apa kata kita cuba masak sendiri kat rumah. Mana nak tahu kemungkinan masakan itu boleh dikomersialkan dengan gubahan anda sendiri. Selamat mencuba..  
Bahan-Bahan
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat
  • 1 camca besar rempah kari daging
  • 350 ml air panas
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 50 gm kismis
  • 8 biji pelaga, diketuk
  • ½ camca teh serbuk kunyit
  • 50 gm kepingan badam
Cara Masakan
01.Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
02.Tumis jintan manis dan bawang besar hingga perang.
03.Masukkan beras dan rempah. Kacau sebati.
04.Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit. Masak di atas api sederhana hingga air beras kering. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarka hingga nasi betul-betul masak.
05.Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...