Dunia
sudah semakin canggih, cara orang nak menipu pun sudah semakin canggih.
Kalau korang tengok sekarang ni ada banyak modus operandi nak buat
penipuan secara online. Ada yang menipu daripada Mudah, scam ataupun ugutan di Facebook. Ramai yang dah terkena dengan pelbagai taktik yang digunakan oleh mereka yang licik ni.
Pernah tak korang seringkali menerima
call daripada nombor yang tak dikenali? Rasanya hampir semua orang
pernah kan? Tapi selalunya korang confirm tak tahu siapa yang call tu
dan mungkin yang call korang tu merupakan kawan korang juga. Setelah
korang angkat telefon, tiba-tiba korang mendapat panggilan yang tak best daripada Telemarketer.
Telemarketer ni plak ada yang jenis tak
reti nak berhenti bercakap. Ada juga menjanjikan pelbagai janji-janji
manis dan mungkin juga perangkap. Selalunya melibatkan insurans. Caranya
tak susah, hanya bercakap tentang kelebihan insurans tersebut dan
korang hanya perlu confirmkan nombor IC dan juga nama korang sahaja
ataupun korang diminta memberikan nombor akaun supaya mereka boleh caj
insurans tersebut kepada akaun korang.
Aku pun memang pernah terkena. Tapi yang
tak bestnya adalah, duit dipotong setiap bulan, tapi macam takde
apa-apa maklumat tentang bagaimana nak membuat claim jika berlaku
apa-apa yang tidak diingini. Tahu-tahu je polisi dihantar kepada korang
dengan maklumat-maklumat yang mungkin korang sendiri pun tak faham.
Cara paling mudah adalah menggunakan aplikasi WhosCall
yang mana korang boleh download di Playstore ataupun AppsStore.
Kemudian korang boleh lihat sendiri nombor yang call korang tu adalah
daripada mana. Maklumat akan dipaparkan di skrin telefon korang yang
mana korang boleh tahu, jika ada maklumat dalam database WhosCall ni.
Sejak aku install apps WhosCall
ni, aku tengok balik panggilan yang pernah diterima ataupun panggilan
miscall. Jangan terkejut kalau ada muncul nombor orang yang korang
kenali juga dan segala maklumatnya dipaparkan.
Mungkin nampak tak selamat sebabnya kalau ada yang menggunakan nombor
telefon pejabat, alamat dan juga jawatannya juga mungkin akan
dipaparkan.
Aku tahu apps ni pun sebab ada kawan aku
bagitau kat Facebook, kalau tak selama ni aku Google je nombor tu, tapi
sekarang ni dah senang..sebab ada keluar terus kat skrin telefon
korang. Senang kan? Jom la ramai-ramai download dan simpan apps ni.
Lepas ni korang mungkin rasa lebih aman dan selamat kot..haha.
No comments:
Post a Comment