Air merupakan unsur yang sangat penting bagi manusia. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja. Tetapi menurut Doktor Rafidah Abdullah, minum air dengan berlebihan juga boleh menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Berikut adalah perkongsian dari Dr. Rafidah, sama-sama kita ambil pengajaran dari perkongsian beliau ini.
Panduan minum air.
Ada masanya saya pelik dengan soalan-soalan yang saya terima di Twitter. Minum air, minum lah. Bersederhanalah. Tak payah terlebih dan harapnya jangan kurang. Saya sendiri tidak menyukat pengambilan air. Janji tidak haus dan air kencing kita tidak terlampau pekat. Cukup.
Apa yang kita perlu sehari adalah mengikut aktiviti kita ya. Sebagai contoh, jika kita berdiri tengah panas, aktiviti bersukan, demam; nescaya keperluan air akan jadi lebih lagi. Jangan lupa, makanan kita pun ada kandungan air ya; terutamanya buah-buahan.
Minum banyak air TIDAK BOLEH kuruskan badan. Nak kurus, kena kira kalori keluar masuk betul-betul.
Minum terlebih sangat air boleh memudharatkan (jangan tanya saya berapa banyak sebab lain orang lain). Entiti ini (dipanggil Primary Polydipsia) jarang berlaku.
Bila badan terlebih sangat air, air akan menyebabkan sel badan membengkak (gambar kedua [3] ). Ia juga berlaku di dalam otak kita; jadi menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Kondisi ini dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional), biasanya bila bacaan darah sodium terlampau rendah (normal antara 135-145 bergantung kepada makmal).
Keadaan ini juga boleh berlaku bila ada kegagalan buah pinggang, hati & lemah jantung. Sebab itu Doktor mohon kurangkan pengambilan kuantiti air.
Tak payah susah-susah nak tanya berapa banyak air anda perlu kerana lain orang lain. Yang tentunya, tak payah sampai 10L.
Bersederhanalah.
Boleh baca panduan umum dari Mayo Clinic, US [1] dan NHS UK[2].
Rujukan:
1. https://www.mayoclinic.org/…/n…/in-depth/water/art-20044256…
2. https://www.nhs.uk/Livewell/Goodfood/Pages/water-drinks.aspx
3. Acute Hypervolaemic Hyponatraemia Case Report. SB Thomas, Nursing2017 l Volume 47, Number 10 page 55
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi
No comments:
Post a Comment