Sunday, March 11, 2018

Bila Waktu Tengahhari, Rehat 1 Jam Tu Kena Rehat. Jangan Workaholic Siapkan Kerja

KERJA ADALAH SESUATU YANG MEMENATKAN!
tengahhari rehat 1 jam tu kena rehat. jangan workahiloc siapkan kerja
Apabila anda bekerja, anda menggunakan fizikal dan mental untuk melakukan sesuatu tugasan, dan ini boleh membuatkan anda penat jika tiada rehat untuk bina semula kapasiti fizikal dan mental anda.
Sebelum mula kerja memang tak penat, tapi bila tengahari mesti penat. Kalau tengahari tak cukup rehat, petang pasti tak boleh buat kerja dengan baik. Fokus ke laut, dan mungkin masuk ke alam mimpi.
Bila balik kerja, pasti rasa penat. Kena pandu balik rumah, tempuh jem. Sampai rumah, penat. Kadang-kadang, terus tidur dan tak terlayan anak-anak. Ini namanya penat akut.
Kalau rehat di antara dua waktu kerja tak cukup, anda pasti akan mulakan shif kerja berikutnya dalam keadaan penat. Kemudian campur penat kerja hari tersebut, anda akan balik dengan penat kuasa dua. Dan jika masih tak cukup rehat, maka balik kerja hari berikutnya dengan penat kuasa tiga hinggalah anda mengalami penat kronik.
Dipendekkan cerita, anda perlukan rehat yang mencukupi ketika bekerja (within work) dan di antara dua waktu kerja (intershift).
Ketika waktu kerja, jangan biarkan punggung di kerusi dari 8am hingga 1pm. Setiap 30 minit bolehlah bangun jalan atau buat regangan 1 minit dan kemudian duduk sambung kerja. Tengahari rehat 1 jam tu kena rehat, jangan workaholic siapkan kerja supaya boleh fokus waktu petang.
Selepas waktu kerja, cari aktiviti apa yang menghilangkan penat contohnya rileks (tidur, santai dengar muzik, bermeditasi, solat sunat). Main dengan anak2 pun boleh hilangkan penat tau. JANGAN buat sesuatu yang menambahkan penat contohnya saja2 balik lambat dari kampung tengah malam, kemudian sampai rumah 6am, dan terus rasa penat nak kerja pada hari yang sama (memang plan nak ambil mc pun).
Kalau penat baca, terus tidur sekarang sebab esok kena kerja, kan? Jangan kata penat sebab tidur lambat!
Mohd Fadhli Mohd Fauzi
18 Februari 2018

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...