Sunday, March 11, 2018

Jangan Takut Untuk Isytihar Pendapatan Anda, Mana Tahu Anda Akan Dapat Refund Lagi. Ini Panduan Untuk Anda Isi e- Filling

Cukai pendapatan merupakan salah satu sumber pendapatan negara bagi membolehkan kerajaan merangka bajet tahunannya. Kerajaan perlu memastikan pendapatan negara boleh menampung perbelanjaan tahunannya supaya setiap projek yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.
Bagi mereka yang baru bekerja ataupun telah memenuhi syarat dikenakakan cukai pendapatan, anda tidak perlu takut atau risau untuk mengisytiharkan pendapatan anda. Malah siapa sangka anda akan dapat lebihan cukai lagi.
Ifa Amir telah berkongsi cara-cara atau panduan untuk mengisi e-Filing Cukai Pendapatan. Jom ikuti perkongsian bermanfaat ini. 
PANDUAN MENGISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN
Elooo, dah declare cukai pendapatan ke hakak dan abang-abang sekalian? Sempat lagi nih. Sebelum hujung April.
Tak payah takut jangan risau, sebab kawan senpai cakap declare je. Untung-untung dapat refund duit. Sonoknyaaaaaa!! Senpai pun baru paham. Hahaha. Poyoss tau.
Ikut je la step ni. Boleh buat sendiri depan laptop atau henpon. kalau takde, pergi je dekat LHDN berdekatan. Diorang sediakan komputer khas. Boleh tanya terus kalau tak tahu.
Jom, saya share langkah-langkah untuk borang BE (tanpa perniagaan) untuk tahun 2018:
Langkah 1: Log masuk ke ezhasil. Macam online banking, siap ada frasa keselamatan sebelum masukkan password. Pastikan check tu kita punya ke bukan.
Langkah 2: Pilih opsyen e-filing, kemudian e-borang. 
Langkah 3: Pilih tahun taksiran. ie:2017. Dia akan bawa anda ke dunia lain (new tab laaa.)
Langkah 4: Kemaskini dan semak maklumat peribadi. Termasuk maklumat bank dan nombor akaun. Kot dapat refund balik duit kannnn. Hehe.
Langkah 5: Isi maklumat pendapatan anda
Langkah 6: Isi pelepasan cukai. Tak tahu? Refer nota. Kat sini yang paling PENTING. Boleh kurangkan cukai dan secara tak langsung menambahkan lebihan cukai untuk digunakan semula. Haha.
Langkah 7: Semak rumusan. Ni paling best! Boleh tengok kita ada dapat lebihan cukai ke tak. Ada yang dapat refund beribu tau! 
Langkah 8: Sahkan borang taksiran anda.

Kalau rasa takut declare macam senpai, fikirkan semula. Bila tengok ada refund, terus senpai melompat. Ni tak kira betul-betul lagi ni. Hehehe.
PS1: #Share je kalau tak nak hilang dari radar.
PS2: Saya bukan lah expert, tapi saje share untuk manfaat semua.

jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- filling
 Frasa keselamatan anak panah sebelum isi password tau. macam online banking la. Kalau bukan awak punya, jangan letak password tau
jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- fillingDekat bahagian perkhidmatan, pilih e-filing. Lepas tu pilih e-borang.
jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- filling

Pilih borang BE. Lepas tu pilih tahun taksiran.

jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- fillingCukuplah korang tahu, senpai perempuan dan dah kawen. Hehehe.
jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- filling
Masukkan jumlah pendapatan berkanun tahun 2017 korang ye.
jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- filling
Bahagian yang teramat lah PENTING. Ni akan bantu korang untuk kurangkan bayaran cukai. Sekali gus kalau untung sabut timbul dapat refund. Aaaaa, seronoknya... Suka tak suka tak?
jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- filling
Ni contoh kiraan yang tak siap lagi. Tu pun dah dapat refund 13.30. kalau kira betul-betul berapa ribu ek boleh dapat. Verangan tak sudah senpai ni tau!!!
jangan takut untuk isytihar pendapatan anda, mana tahu anda akan dapat refund lagi. ini panduan untuk anda isi e- filling
Sumber dari Siakap Keli dan Facebook Ifa Amir

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...