Baru-baru ini, kecoh selepas banyak sardin yang dijual di pasaran ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengandungi cacing. Jom ikuti perkongsian dari Puan Haf Mansor untuk menghasilkan sendiri sardin yang pasti terjamin kebersihannya.
Saya yakin ramai ibu bapa yang celik tentang pemakanan sihat especially makanan yang akan masuk ke mulut anak-anak. Lagipun sardin jugak adalah salah satu menu 'lalu nasik' yang tak pernah ketinggalan zaman dan boleh dimasak mengikut selera masing-masing. So apa kata kita buat sendiri sardin menggunakan periuk noxxa dan semestinya menggunakan real food.
Ibu-ibu yang ada periuk pressure cooker dirumah dah pernah cuba ka belum resipi ni? Puasa pun dh nak dekat, sementara ikan masih murah ni, boleh buat #STOK_LAUK_SAHUR, frozenkan, nanti nak makan tambah je eksesori kegemaran.
Cekidout resipi dekat gambar! KLIK LIKE & SHARE. TQ
#DapoqCikHaf #AnakMakSerbaBoleh
Ikan selayang tengah dua kilo. Cuci bersih, potong kepala, ekor dan sirip dia.
Bawang besar patutnya. Tapi hakak cuma ada bawang kecik, bantai je lah. Asalkan bukan kau yg membawang. Bawang putih bubuh sikit bagi naik bau.
Tomato merah dan cili merah. Sukatan semua benda jangan tanya banyak mana. Sikit ke banyak takder sapa nak marah. Ikut selera mengkome. Klu ada anak kecik nak makan takpayah bubuh cabei.
Cuci bersih.
Blend kesemuanya bahan tadi, bawang, cabei, dan tomato. Part ni hati2 sikit, tomato tu dh hasilkan byk air, so guna air seminimum yg mungkin, takut nnt kuah banyak terlajak.
Masukkan sedikit minyak masak. Taknak masuk minyak pun xpa.
Masukkan ikan, minyak dan garam secukupnya.
Tekan High Pressure 60 minit, nnt dah masak tambah lagi 30-60 minit. Hakak suka tambah 60 minit lagi bagi ikan tu lembut gila2 takdak rasa tulang, mudah nak makan dan sedap.
Dah masak pun. Baunya walahhhhh semerbak satu rumah.. Buh dalam bekas kecik, frozenkan untuk kegunaan hari-hari mendatang. Nak panaskan balik makan begitu sj pun dah cukup sedap, kalau nak olah semula letak suun la kunyit hidup ka cabei melaka ka lagi sodappp. Nak buat sandwich pun boleh. 100% real food gittuw.SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment