Siapa yang tidak suka berada dalam bangunan cantik, kan? Tetapi bagaimana anda meletakkan sesuatu senibina itu sebagai unik dan cantik? Adakah dengan melihat kepada rupa luaran, gabungan luaran dalaman ataupun pencapaian seperti 4 bangunan ini yang berada dalam senarai pendek RIBA International Prize, pengiktirafan paling berprestij untuk senibina.
Antara sekolah muzik Tokyo, sebua universiti di Budapest, menara berkembar dilitupi pokok di Milan dan sebuah sekolah pedalaman Brazil, yang mana anda rasakan bakal menang?
#1 Children Village di Formoso do Araguaia, Brazil
Dibuat menggunakan gam fabrik, kayu eucalyptus dan batu bata lumpur dengan bumbung metalic. Bahagian dorm dibina sempurna dengan setiap bilik mempunyai tandas dan ruang mandi sendiri, ruang belajar dan bermain.
Kredit: Leonardo Finotti/Rosenbaum Arquitetura
#2 Il Bosco Verticale (Vertical Forest), di Milan, Itali
Blok apartment ini ditanam dengan pokok-pokok seperti oak, ceri dan maple di beberapa lokasi berbeza mengikut tindak balas pokok terhadap matahari. Tujuannya untuk memberikan efek sejuk dan mengurangkan kebergantungan kepada penghawa dingin.
Kredit: Stefano Boeri Architetti
#3 The Central European University di Budapest
Bangunan lama dan baru digabungkan dengan pembinaan atrium dan courtyard. Dihadapannya tersusun binaan daripada batuan kapur.
Kredit: Tamás Bujnovszky
#4 The Toho Gakuen School of Music di Tokyo
Tiga kotak konkrit dibahagikan kepada beberapa bilik yang setiap satunya memberi ruang dan kebebasan kepada pemuzik berlatih dan berkarya.
Kredit: Nikken Sekkei
Pemenang akan diumumkan pada bulan November nanti.
Kredit: CNN
No comments:
Post a Comment