Friday, September 21, 2018

Sering Diserang Masalah Kencing Tak Lawas, Jururawat Ini Kongsi Cara Mengatasinya

sering diserang masalah kencing tak lawas, jururawat ini kongsi cara mengatasinya
WANITA DAN SENAMAN KEMUT
Dah usia meningkat senja, mulalah ada masalah gagal dalam mengawal pengeluaran air kecil atau erti kata lain “Inkontinen Urin”. Bukan saja golongan tua, malah muda-mudi pun pun tak terlepas daripada masalah ini.
Sebab apa? Sebab salah satunya tak pernah dan jarang atau tidak selalu buat senaman kemut. Ramai yang hanya tahu sebut tentang senaman kemut tetapi tak tahu macamana cara yang betul mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Bukan susah pun nak buat senaman kemut. Boleh buat dalam keadaan duduk, berdiri, berbaring dan semasa melakukan aktiviti harian pun boleh! Senaman kemut dikenali juga sebagai senaman lantai pelvik dan senaman kegel’s.
Otot lantai pelvik kita adalah sekumpulan otot yang melintang di lantai pelvis, yang mana fungsi-fungsinya adalah untuk :
Menyokong organ dalaman seperti uterus dan pundi kencing.
Membantu kestabilan tulang pelvik.
Menyumbang kepada aktiviti seksual.
Mengukuhkan penutupan uretral semasa peningkatan tekanan dalam abdomen contoh batuk dan bersin.
Jadi, nak kuatkan otot lantai pelvik, kita mesti lakukan senaman lantai pelvik. Prosesnya akan berlaku pengenduran dan pengecutan otot-otot sekitar bahagian pelvik. Caranya :

Duduk di dalam keadaan selesa. Bukakan kaki dan bongkokkan badan sedikit hadapan dan letak siku di atas lutut.
Bayangkan anda nak buang air kecil tetapi tiada tandas di sekitar.
Kemut otot-otot lantai pelvik anda.
Tahan seberapa lama yang boleh. Jadikan 10 saat sebagai sasaran.
Rehat 5 saat dan ulang lagi. Jadikan 10 kali sebagai sasaran.

sering diserang masalah kencing tak lawas, jururawat ini kongsi cara mengatasinya

Dalam kehidupan seharian pun anda boleh praktis senaman kemut.

Duduk dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
Baring dengan kaki terbuka sedikit, kemut otot lantai pelvik, tahan 10 saat, rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
Berdiri dengan kaki dibuka sedikit. Kemut otot lantai pelvik dan tahan 10 saat. Rehat 10 saat dan ulang 30 kali sehari.
Kemut otot lantai pelvik semasa hendak mengangkat barang berat.
Kemut otot lantai pelvik semasa senaman melompat.
Kemut otot lantai pelvik semasa menaiki tangga.
Yang tak boleh nak bayangkan dengan tulisan boleh tengok video senaman kemut ni:


Lara Marina
Registered Nurse KKM

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...