Kredit gambar utama: Shutterstock
Rakyat Malaysia dan nasi memang tak dapat dipisahkan. Orang kata ada ‘love-hate-relationship’ dengan nasi. Setiap hari kita makan sekurang-kurangnya satu hidangan nasi, dan adakalanya sehingga 3 hidangan nasi sehari.
Ramai yang anggap nasi sebagai makanan menggemukkan, hakikatnya nasi bukan sahaja tidak menggemukkan tetapi mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan.
#1 Indek Glisemik (GI) Rendah
Indeks Glisemik (IG) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula dalam darah seseorang. Indeks glisemik rendah bermakna makanan itu mengelakkan paras glukosa dalam darah daripada naik mendadak. Makanan yang mempunyai GI rendah, sesuai untuk pesakit diabetik.
#2 Rendah Kandungan Lemak
Beras tiada lemak dan mempunyai kandungan sodium rendah yang bantu kawal tekanan darah serta mencegah obesiti
#3 Bebas Kolesterol & Gluten
Gluten adalah protein yang ditemui dalam sesetengah bijian. Mereka yang mempunyai intoleransi gluten boleh menikmati nasi. Selain beras bebas gluten, beras juga bebas kolesterol dan secara tak langsung mampu cegah obesiti serta penyakit jantung.
#4 Tinggi Kandungan Zat
Beras mengandungi magnesium dan potassium yang boleh merendahkan tekanan darah, membaiki pergerakan usus, memperlahankan proses penuaan dan pada masa sama membekalkan sumber vitamin B1 yang penting kepada tubuh manusia.
#5 Membekalkan Tenaga
Nasi merupakan antara sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada tubuh.
Banyakkan kelebihan beras ni? Memang rugilah anda yang selalu skip makan nasi tu. Anda boleh nikmati nasi tanpa was was dengan menggunakan Bird Of Paradise Royale Basmathi. Beras ini ditanam di kaki bukit Himalaya dengan kesuburan tanahnya, suhu yang sempurna serta diairi oleh glasier Himalaya. Beras ini bukan sahaja berkhasiat tetapi mempunyai rasa dan aroma tersendiri.
No comments:
Post a Comment