Sunday, January 27, 2019

Kajian Mengatakan Pisang Yang Dibekukan Lebih Manis Dari Pisang Biasa

pisang yang di bekukan lagi manis dari pisang biasa? ye ke?
Ambil pisang dan letakkan dalam peti sejuk pada bahagian beku semalaman, dan keluarkan keesokan harinya. Tunggu sehingga ais cair dan cuba rasa pisang tersebut. Anda akan dapati pisang tersebut lebih manis daripada biasa.
kenapa pisang yang di bekukan lagi manis dari pisang biasa?
Kenapa ia terjadi?
Buah-buahan adalah sama seperti hidupan organik lain, mempunyai kandungan air dalam jisimnya.
kenapa pisang yang di bekukan lagi manis dari pisang biasa?
Buah-buahan menghasilkan rasa manis apabila kanji ditukarkan kepada gula dengan kehadiran enzyme yang dikenali sebagai amylase. Amylase wujud dalam makanan yang mempunyai kanji, seperti kentang, nasi dan lain-lain.
Enzyme ini juga wujud dalam air liur manusia dan memainkan peranan penting dalam sistem perkumuhan manusia. Disebabkan itu, buah-buahan akan menghasilkan rasa manis selepas berlakunya tindakbalas enzyme dengan kanji.
Air yang ada dalam buah pisang yang dibekukan akan menjadi kristal dan mengembang, seterusnya memecahkan dinding sel pada pisang, menyebabkan bilangan kanji bertambah. Hasil tindakbalas enzyme dengan kanji pada pisang ini, mewujudkan rasa lebih manis pada pisang yang disejukbekukan.
kenapa pisang yang di bekukan lagi manis dari pisang biasa?
Rujukan:
  1. University of Minnesota
  2. North Dakota State University
  3. Food and Agriculture Organization
  4. Medlineplus.gov
  5. National Center for Biotechnology Information (NCBI)

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...