Sunday, January 27, 2019

Percaya Atau Tak, Makan Pisang Boleh Buat Kita Mudah Tidur Malam

Pisang atau nama botani Musa spp.  adalah buah-buahan yang boleh dimakan dan dilaporkan mempunyai banyak khasiat seperti protein, kalsium dan karbohidrat.
makan pisang senang nak tidur malam dan buat kita lebih tenang - kajian
Salah satu khasiat daripada pisang adalah ia sangat membantu mereka yang mempunyai masalah untuk tidur malam kerana pisang mempunyai sebatian yang membantu dalam proses penghasilan melatonin, iaitu hormon yang diperlukan untuk proses tidur dan terjaga.
makan pisang senang nak tidur malam dan buat kita lebih tenang - kajian
Selain itu, pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu, seperti:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
makan pisang senang nak tidur malam dan buat kita lebih tenang - kajian
Sumber: Vita Talalay

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...