Saturday, May 4, 2019

Cair Dalam Setiap Suapan! Jom Cuba Buat Resepi Dadih Susu Viral Ni

Nak masuk bulan Ramadan ni memang elok sangat lah kalau dapat makan makanan sejuk - sejuk, terutama dadih. Tapi mungkin ada daripada anda yang perasan dadih sekarang tak macam dadih dulu. Dulu punya dadih masuk mulut terus cair kan? Rasa rindu pula nak makan tapi tak tahu nak beli kat mana. Haa apa lagi jom buat sendiri!
Resepi Dadih Susu Full Creamcair dalam setiap suapan! jom cuba buat resepi dadih susu viral ni
Bahan - Bahan :
  • 1 liter susu kotak
  • Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
  • Gula ikut kemanisan sendiri
  • Garam secubit rasa
  • 1 liter air masak/tapis - untuk masak agar-agar
Cara - Cara :
  • Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut. 
  • Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api. 
  • Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. 
  • Siap untuk ditelan!!
  • Kredit resipi : Puan Niswah Hasina

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...