Kajian daripada Tokyo, Jepun mengatakan makan lebih banyak nasi dapat mencegah obesiti. Profesor di Kolej Seni Bebas Wanita Doshisha di Kyoto, Prof Tomoko Imai yang mengetuai penyelidikan itu berkata, hasil kajian mereka mendapati kadar obesiti adalah rendah di negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji.
Pakar menyatakan individu yang mengikut diet gaya Jepun atau orang Asia yang mengamalkan makanan berasaskan beras kurang berisiko menjadi obes berbanding negara yang kurang makan nasi.
"Ini kerana kandungan serat, nutrien, sebatian tumbuhan yang terdapat dalam bijirin penuh rendah lemak itu dapat memberi rasa kenyang dengan lebih lama dan mengelakkan pengambilan secara berlebihan," jelasnya lagi.
Kajian mereka mendapati pengambilan nasi 50 gram sehari dapat mengurangkan kelaziman obesiti di seluruh dunia kepada satu peratus atau daripada 650 juta kepada 643.5 juta orang dewasa.
Difahamkan, diet rendah karbohidrat yang mengurangkan pengambilan nasi sangat popular dalam strategi untuk mengurangkan berat badan di negara maju, namun kesan beras terhadap obesiti masih tidak jelas.
Sumber Astro Awani.
terimakasih gan, infonya,.
ReplyDelete