Tidak akan lengkap lah hidangan melayu kalau takde sambal kan? Siapa kat sini peminat pedas dan sukakan sambal ini kami kongsikan resepi sambal goreng padu! Memang korang akan jilat jari dan bertambah - tambah. Selamat mencuba semua!
Bahan bahannya:
*Bawang besar saiz sederhana 2
*Cili hijau 6 & Cili Merah 4
*Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
*Ikan bilis sikit
*Belacan sikit
Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air dia toskan)
*Semua bahan bahan ni dikisar kering.
Cara caranya:
• Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
• Tumis bahan bahan blend kering tadi sampai garing
• Masukkan air asam bila sudah garing
• Perasakan dengan garam, then gula sikit
• Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api.
• Buang lebihan minyak pada sambal jika mahu
Kredit Lyana Hisham.
No comments:
Post a Comment