Wednesday, August 28, 2019

Rumah Dua Negara, Dapur Di Malaysia Ruang Tamu Di Indonesia

Sebuah rumah unik telah didirikan disempadan dua negara, iaitu di Indonesia dan Malaysia telah mencuri perhatian ramai.
rumah dua negara, dapur di malaysia ruang tamu di indonesia
Rumah ini terletak di Pulau Sebatik, iaitu disebelah timur laut Kalimantan dan menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara.
rumah dua negara, dapur di malaysia ruang tamu di indonesia
Pulau Sebatik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian Utara adalah milik Malaysia, manakala wilayah Selatan milik Indonesia. Ia menjadikan rumah milik lelaki ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian dapurnya di Malaysia, dan ruang tamu di Indonesia!
Dipetik dari laman Facebook Osman Saide, beliau menceritakan pengalaman berkunjung kerumah ini yang juga dikenali sebagai ‘rumah dua negara’.
Menurut Osman, bahagian ruang tamu rumah ini dicat dengan warna merah putih iaitu lambang warna pada bendera Indonesia, manakala bendera Jalur Gemilang berkibar pada bahagian dapur.

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...