Monday, February 3, 2020

Bersih Ke Air Hujan Ni Sebenarnya?

bersih ke air hujan ni sebenarnya?

Air hujan sentiasa diklasifikasikan sebagai air yang bersih dan suci. Di dalam islam pun, ia diletakkan bersama kumpulan jenis-jenis air multak. Tetapi sejauh manakah kebersihan air hujan yang diambil terus dari langit ini?
Seorang Youtuber menjalankan eksperimen bagi menguji sejauh manakah kebersihan air yang turun dari langit ini.
Menurut video tersebut, hampir kesemua ujian yang dijalankan menunjukkan hasil yang negatif. Ini menunjukkan air hujan tidak mempunyai sebarang pencemaran daripada elemen elemen kimia yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan kita.
Walaubagaimanapun, terdapat satu ujian yang gagal dilepasi oleh air hujan. Rupa-rupanya, air hujan ini mengandungi kuman dan mikroorganisma yang terlihat di dalam ujian pengesanan tersebut.

Menurut video tersebut, hal ini adalah berikutan terdapatnya bakteria atau hidupan kecil ini dimana-mana sahaja, termasuk di atas awan! Dan bakteria ini turun bersama air hujan.
Oleh itu, secara kesimpulannya, diwaktu kesempitan, boleh sebenarnya kita menggunakan air hujan ini untuk minum dan juga bersuci, tetapi sebagai langkah pencegahan, kita perlulah didhkan dahulu air tersebut di atas api supaya kepanasan tersebut dapat membunuh bakteris-bakteris tersebut.


Sumber: Youtube (Berani Cuba)

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...