Monday, February 3, 2020

Kalau Dah Terkenyang, Nak Buat Macam Mana?

Mungkin ada di antara kita masih berada dalam suasana perayaan. Hujung minggu ini kita mungkin pergi ke majlis keramaian, majlis kahwin, ataupun jumpa makan-makan dengan kawan-kawan kita.
kalau dah terkenyang, nak buat macam mana?
Besar kemungkinan, kita akan terlebih makan dan terkena ‘food coma’. Apabila kita sudah berada di tahap ini, kita dah tidak boleh buat apa dah. Nak angkat tangan pun rasa beban yang teramat.
Apakah pandangan pakar dalam situasi ini?
1. Relaks. Jangan terlalu runsing. Tak salah sekali sekala kalau kita termakan banyak. Bukan selalu pun.
2. Berjalan sedikit. Pergerakan badan ketika berjalan dapat membantu proses pencernaan dan metabolisma dalaman anda.
3. Minum sedikit air. Ye, tahu anda terkenyang. Bukan nak suruh anda teguk satu gelen air. Cukup dengan minum sedikit demi sedikit selang setiap beberapa minit. Ia dapat membantu menyahkan garam dalam badan anda
4. Jangan baring. Sangat menggoda katil kita dalam mendorong kita untuk tidur sekejap. Bahkan permukaan lantai yang rata pun terasa ibarat tilam yang selesa utnuk tidur. Jangan! Gerakkan badan anda sedikit. Pergi berjalan.
5. Jangan minum air berkarbonat. Gas yang berada dalam minuman ini hanya akan memburukkan keadaan kekenyangan anda.
6. Bersenam. Janganlah senam 3 saat lepas terkenyang makan. Tunggu beberapa jam dahulu. Biar makanan tu turun dahulu. Lepas tuh, barulah anda keluarkan peluh sedikit untuk membakar balik kalori yang telah dimakan.
7. Rancang pemakanan anda. Kalau anda terasa perkara ini terlalu kerap berlaku, buat satu jadual makanan dan patuh kepada jadual tersebut. Segalanya akan lebih tersusun. Ini juga membantu sekiranya anda ingin memulakan diet yang sihat.
8. Makan perlahan. Next time anda makan besar, makan slow-slow. Berikan masa makanan anda untuk turun sebelum anda menyaup satu suapan nasi yang seterusnya ke mulut anda
Begitulah seditkit tips yang diharapkan dapat emmabantu anda pada masa kelak. Yang penting, kita gembira!
Sumber: Web MD

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...