Monday, February 3, 2020

Tenangkan Diri Dalam Situasi Wabak Berjangkit Ini

Dalam keadaan yang agak cemas dan kecoh di seluruh dengan penularan wabak yang berjangkit ini, sangat baik sekiranya kita ada sedikit langkah pencegahan. Kesihatan kita sangat penting dan kita perlu menjaga tingkah laku di tempat awam terutama di tempat yang penuh dengan orang.
tenangkan diri dalam situasi wabak berjangkit ini
Tips yang dikongsikan berikut adalah sebagai langkah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.
Berikut adalah 3 benda yang kita perlu sediakan untuk mengelakkan diri daripada terus terjebak dengan wabak flu atau jangkitan dari orang sekeliling.
  1. Hand sanitizer
Cecair pembersih tangan ini adalah sesuatu yang perlu anda terutamanya pada musim demam ini. Letakkan di tempat-tempat yang anda selalu pergi atau mudah untuk anda ambil seperti di dalam kereta, di dalam beg tangan anda, ataupun di meja pejabat anda.
Cara menggunakannya ialah picitkan sedikit di tapak tangan anda, dan sapukan ke keseluruhan tangan anda termasuk di celah-celah jari dan kuku. Biarkan selama 30 saat untuk ianya kering dan anda boleh terus jalankan rutin harian anda seperti biasa.
Anda juga boleh letak cecair pembersih itu di atas sehelai tisu untuk membersihkan barang peribadi anda seperti telefon bimbit, kunci-kunci, atau peralatan awam yang anda ingin gunakan, seperti pemegang troli pasar raya.
  1. Bawang Putih
Tidak disangkal lagi bawang putih merupakan bahan ajaib yang mempunyai banyak khasiatnya. Dalam isu mengelakkan demam atau flu, ia mempunyai zat-zat yang berupaya untuk meningkatkan tahap imunisasi tubuh kita dalam melawan kuaman dan virus.
Campurkan di dalam sup, masakan, dan kalau anda berani, makan secara mentah. Tapi, jangan lupa bersihkan mulut anda selepas itu kerana nafas anda akan berbau seperti bawang putih.
  1. Termos
Termos merupakan alatan yang digunakan untuk mengekalkan suhu sesuatu cecair atau makanan. Dalam melawan jangkitan kuman dan virus, kita perlu banyak minum air atau makanan yang banyak konten airnya seperti sup. Hal ini dapat mambantu badan kita membuang segala toksin atau kuman yang ada dalam badan kita. Pengambilan banyak cecair juga dapat mengekalkan kelembapan rongga hidung dan tekak kita supaya sukar dijangkiti kuman.
Bersama-samalah kita menghindari jakitan apa-apa wabak supaya kita dapat kekal sihat dan produktif dalam menjalankan kehidupan seharian kita.
Sumber: WebMD

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...