Saturday, February 22, 2020

Pengawasan Kepada Pengambilan Ubatan Untuk Mengawal Kadar Kolesterol Anda.

Penjagaan kesihatan yang bagus adalah sesuatu yang perlu diambil berat. Terdapat segelintir daripada kita yang mungkin kurang bernasib baik dan didiagnos mempunyai kadar kolesterol yang agak tinggi dan diarahkan oleh doktor untuk mengambil ubatan bagi mengawal tahap kolesterol dalam badan.
pengawasan kepada pengambilan ubatan untuk mengawal kadar kolesterol anda.
 
Berikut merupakan sedikit saranan daripada pakar sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan untuk mengawal kadar kolesterol yang tiggi.
  1. Ubat-ubatan, walaupun membantu dalam mengawal kadar kolesterol, tidak boleh mengubati kadar kolesterol yang tinggi sepenuhnya. Tahap kolesterol akan berkurang sekiranya anda ambil ubatan tetapi ia akan naik semula sekiranya anda terlepas untuk memakannya. Perubahan dalam rutin harian dan kekerapan bersenam dapat mengawalnya untuk kekal rendah
  1. Ubatan akan lebih berkesan sekiranya anda makan banyak buah-buahan, sayur, bijirin dan makanan yang sihat untuk jantung anda. Rancang sesi aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu.
  1. Sekiranya anda terlepas untuk memakan ubatan anda, jangan makan ubatan lebih pada waktu seterusnya, dengan niat menggantikan waktu yang terlepas tadi. 
  1. Jauhi ubatan mengawal kolesterol sekiranya anda mengandung, atau menyusukan. Oleh kerana ubatan ini mengawal kolesterol, ia mungkin akan menjejaskan kesihatan anak di dalam perut dan sewaktu melahirkan.
  1. Sekiranya anda sedang mengambil ubatan unutk mengawal kolesterol, elakkan untuk memakan limau gedang atau jusnya. Elakkan juga buah delima. Bincang dengan doktor anda tentang keperluan ubatan anda.
Sumber: WebMD

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...