Tuesday, March 24, 2020

Anda Kini Boleh Bertanya Langsung Pada WHO Mengenai COVID-19 Di Whatsapp

anda kini boleh bertanya langsung pada who mengenai covid-19 di whatsapp
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melancarkan perkhidmatan pesanan dengan kerjasama WhatsApp dan Facebook bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkenaan perkembangan COVID-19 secara langsung dari telefon bimbit masing-masing.
anda kini boleh bertanya langsung pada who mengenai covid-19 di whatsapp
Perkhidmatan pemesejan yang mudah digunakan ini berpotensi untuk mencapai 2 bilion orang diserata dunia bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini berkaitan jangkitan wabak COVID-19 secara lebih tepat.
anda kini boleh bertanya langsung pada who mengenai covid-19 di whatsapp
Menggunakan chatbot dalam kemudahan ini, talian WhatsApp terbabit adalah +41 22 501 76 55 ,dibuka setiap hari pada bila-bila masa.
Pengguna hanya boleh menaip "Hi" untuk mengaktifkan perbualan kepada nombor terbabit dan mereka akan membalas pilihan menu kepada soalan yang anda ingin tanyakan mengenai COVID-19 kepada mereka.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: WHO

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...