Adakah anda penggemar kopi espresso di kafe-kafe hipster? Atau anda lebih sukakan kopi O kosong di gerai tepi jalan? Tahukah anda secara purata, setiap individu akan minum 3 cawan kopi dalam sehari. Berikut merupakan fakta mengenai kopi yang mungkin anda tidak tahu.
- Kopi segera mempunyai kandungan kaffein yang lebih kurang daripada kisaran biji kopi asli.
- Pada permulaannya kopi berasal daripada Afrika, khususnya Ethiopia. Terdapat 25 jenis spesis kopi dan kesemuanya berasal daripada negara tersebut.
- Pokok kopi adalah saudara kepada pokok bunga cina. Mereka tidak serupa, tapi berada dalam kumpulan tumbuhan yang sama.
- Minum air kopi dapat menghindari daripada diabetes (type 2) dan batu karang.
- Kopi bersaiz “grande”(lebih kurang 470ml) mempunyai kandungan kaffein bersamaan dengan 7 tin air coke! Tapi jangan risau, ia tidak mengandungi sama banyak kuantiti gula (melainkan anda tambah sediri lah).
- Tempat yang paling elok untuk menyimpan kopi adalah di atas meja anda sahaja. Tidak perlu simpan di peti sejuk! Pastikan anda simpan di tempat yang gelap dan sejuk, di dalam bekas yang kedap udara.
- Kopi adalah bersifat asid. Cara untuk mengurangkan kesan asid kopi pada gigi adalah dengan berkumur dengan air bersih selepas habis meminumnya.
- Kopi mempunyai kandungan anti-oksida yang lebih banyak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran!
- Kopi luak adalah kopi yang termahal di dunia. Biji kopi ini dikutip selepas dimakan dan dicerna oleh satu spesis musang hutan. Hal ini menjadikan harga kopi ini melonjak naik.
- Walaupun kopi tersebut ‘decaf’, ia masih mempunyai kandungan kaffein, tetapi pada kadar yang lebih sedikit.
Yok kita pekena secawan!
No comments:
Post a Comment