Manusia adalah hidupan organik yang hidup di atas muka bumi ini. apa yang dimaksudkan di sini adalah untuk kekal hidup, sel-sel di dalam badan manusia akan menjalani reaksi-reaksi kimia secara berterusan bagi kekal hidup. Reaksi kimia ini mengekalkan kefungsian badan.
Sepertimana reaksi kimia yang lain, setiap tindak balas ini akan menghasilkan bahan-bahan yang lain yang mungkin tidak seberapa indah. Sebagai contoh, pencernaan makanan akan menghasilkan gas yang kurang disenangu yang akan dikeluarkan pada tempat yang sepatutnya.
Terkadang kita berada dalam mesyuarat yang enting atau berada bersama kehadiran orang-orang penting dan tidak mahu menjadikan suasana menjadi jijik dan ‘awkward’. Tetapi, tahukah anda, terdapat beberapa fungsian badan yang anda sepatutnya jangan ditahan.
1. Bersin
Kebanyakan orang, kebersinan ini merupakan sesuatu yang ringan. Secara purata, bersin manusia dikeluarkan pada 40 batu sejam. Terdapat sesetengah daripada kita yang menahan bersin kerana tidak mahu untuk mengacau suasana sekeliling, lagi-lagi kalau dalam mesyuarat penting.
Tahukah anda, sebenarnya pelakuan ini mempunyai risiko yang agak bahaya. Seorang doktor berkongsi bahawa terdapat kes di mana tekak pesakit menjadi bocor dek menahan bersin. Tekanan daripada bersin cukup kuat untuk memecahkan saluran pernafasan anda.
Walaupun kejadian sebegini agak jarang berlaku, tetapi risiko itu ada. Jangan tahan bersin anda, tetapi jangan pula lupa untuk menutup mulut dan hidung anda menggunakan kain atau tisu.
2. Membuang air kecil.
Kalau bersin senang. Dekat mana-mana pun boleh bersin. Tapi kalau kita nak terkucil, takkan kita nak sembur merata, betul tak? Terkadang menhan air kecil sebenarnya terpaksa, sebagai contoh jika anda tersekat dalam trafik. Tapi ingat untuk terus pergi menunaikan hajat tersebut di saat ada peluang.
Pengumpulan cecair di dalam badan daripada minuman dan makanan menyebabkan anda rasa ingin membuang air kecil. Biasa untuk kitamenahan daripada pergi ke tandas untuk beberapa minit, tetapi sekiranya anda selalu sangat menahan air kecil dan pada tempoh yang agak lama, kesannya akan menjadi agak bahaya.
Menahan air kecil pada jangka masa yang lama boleh melemahkan otot pundi kencing. Selain daripada itu, kesan yang lebih teruk adalah bkateria akan terkumpul di saluran kencing anda dan menyebabkan jangkitan kuman. Risiko untuk mendapat penyakit berkaitan buah pinggang juga akan meningkat.
3. Menahan air besar
Pergerakan pencernaan makanan mungkin sesuatu yang jijik. Lebih senang utnutk seseorang menahan air kecil daripada air besar. Tetapi terkadanga ada juga yang suka menahan air besar.
Semakin lama kita tahan daripada membuang hajat besar ini, semakin banyak air yang akan diserap keluar daripada najis kita. Hal ini akan meningkatkan risiko sembelit dan buasir.
4. Membuang aingin
Pembuangan angin daripada mana-mana saluran adalah sesuatu yang sebahagian besar dariapda kita rasa jijik. Lagi-lagi apabila ianya berlaku pada waktu yang salah. Hal ini mungkin kerana pembuangan gas ini mengeluarkan bunyi dan bau yang kurang menyenangkan.
Gas-gas ini adlah hasil daripada tidak balas kimia badan kita sama ada ketika mencernakan bahan makanan atau proses fungsian badan yang lain.
Tiada kesan yang ekstrim kalau kita tahan pengeluaran gas ini sebenarnya. Antara kesannya adalah menjadikan nafas kita berbau. Walubagaimanapun, kita jangan jadikan menahan pengeluaran gas ini sebagai amalan
Sumber: Geisinger.org
No comments:
Post a Comment