Wednesday, March 18, 2020

Cara Paling Mudah Nak Buat Kek Keju Oreo!

Ramai yang menikmati biskut oreo. Lagi-lagi dicampurkan dengan hidangan pencuci mulut kegemaran kita seperti ais krim dan kek keju.
Biskut oreo ini boleh. Dipelbagaikan termasuklah dibuat sebagai kek keju dan paling best, ia tidak perlu menggunakan ketuhar pun!
Bahan-bahannya:
A. Bahan asas kek
30 keping biskut oreo (diasingkan krimnya)
3 sudu makan mentega atau majerin
Cara-cara proses bahan asas kek (A)
1. Hancurkan biskut atau kisar sehingga halus
2. Cairkan mentega, kemudian campurkan oreo yang telah dihancurkan dan gaul sebati
3. Tekan adunan itu ke dalam loyang sehingga menjadi padat
4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit
5. Asas kek siap!
cara paling mudah nak buat kek keju oreo!
B. Bahan kek keju
250 gram krim keju
200 ml whipping cream
1/4 cawan susu pekat manis
1/4 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanila
15 keping oreo (dipatah-patahkan)
1 sudu makan galetin
2 sudu makan air panas (untuk larutkan galetin)
cara paling mudah nak buat kek keju oreo!
Cara-cara proses bahan kek keju (B)
1. Putar krim keju dan gula castor sehingga menjadi kembang
2. Masukkan susu pekat manis, esen vanila dan krim oreo yang telah diasingkan, putar sehingga sebati
3. Masukkan whipping cream dan gelatin yang sudah dibancuh dengan dua sudu makan air panas, putar sehingga sebati (Jika rajin, whipping cream boleh dipukul terlebih dahulu dalam bekas berasingan dan baharulah dimasukkan ke dalam bancuhan krim keju)
4. Masukkan oreo yang telah dipatah-patahkan, kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatulla
5. Tuang ke dalam loyang kek asas yang telah disejukkan
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman sebelum dihidangkan!
Sumber: mStar

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...