Thursday, March 19, 2020

Fahami Perbezaan Antara Penjarakan Sosial, Pengasingan Dan Kuarantin

Susulan penularan wabak COVID-19, Kerajaan Malaysia sudah pun bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara sejak semalam lagi, pada hari Rabu, 18 Mac.
Langkah ini diambil kerajaan demi membendung wabak tersebut yang kini telah mengorbankan dua nyawa di Malaysia.
Berikut adalah sedikit penerangan berkenaan pengasingan (isolation), kuarantin dan penjarakan sosial (social distancing) untuk membantu anda memahami perbezaan ketiga-tiga istilah ini.
Penjarakan Sosial (Social Distancing)
fahami perbezaan antara penjarakan sosial, pengasingan dan kuarantin
Ini bermaksud anda tidak berjabat tangan dengan orang lain, mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak dan orang ramai, menjarakkan diri anda dengan orang lain dan duduk di rumah jika diri anda tidak sihat.
Pengasingan (Isolation)
fahami perbezaan antara penjarakan sosial, pengasingan dan kuarantin
Sesiapa yang telah disahkan positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan.
Pengasingan dilakukan apabila anda disahkan sakit, sama ada di rumah atau di hospital.
Pakaian khas perlu dipakai oleh kakitangan perubatan sebagai perlindungan.
Kuarantinfahami perbezaan antara penjarakan sosial, pengasingan dan kuarantinKuarantin bermakna anda harus tinggal di rumah dan menjauhi orang lain semampu mungkin dalam tempoh 14 hari.
Mereka yang tinggal serumah dengan orang lain, tidak boleh tidur dalam bilik yang sama dengan ahli keluarga yang lain dan cuba gunakan tandas berasingan. Malah, mereka juga tidak boleh pergi membeli-belah, makan atau bersosial di luar.
Mengapa saya perlu mengambil berat jika saya tidak berada dalam golongan berisiko?
Kesihatan awam merupakan satu aspek yang membabitkan orang ramai. Risiko bagi individu mungkin rendah dan kerana itu, ramai melihat langkah-langkah di atas sebagai satu kesulitan.
Tetapi langkah pencegahan dan kawalan akan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, kata Joshua Sharfstein, Naib Dekan di Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Astro AWANI

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...