Thursday, March 12, 2020

Sedapnya Lempeng Cicah Dengan Kuah Kari!

Kalau orang zaman dahulu, lempeng ni akan dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan pagi.
Pastu dicicahkan pula dengan lebihan kari ikan yang dimasak semalam. Memang sedap!
Kalau bukan kari ikan pasti dihidangkan dengan sambal ikan bilis. Fuh memang padu! Jangan risau senang saja nak buat lempeng ni. Bahan yang digunakan tak banyak pun.
sedapnya lempeng cicah dengan kuah kari!
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
Garam secukup rasa
sedapnya lempeng cicah dengan kuah kari!
Cara membuatnya;
1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Boleh juga gunakan pengisar makanan.
2. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak agar adunan tidak melekat.
3. Masukkan satu ke dua senduk adunan lempeng dan ratakan dalam kuali.
4. Masa kedua-dua bahagian sehingga garing dan sedia dihidangkan!

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...