Sunday, April 12, 2020

Apabila Luka Menjadi Lebih Serius!

apabila luka menjadi lebih serius!
Pernah tak, kerana kecuaian, terjadinya tragedi luka berdarah yang agak sesius? Tidak kiralah di rumah atau pun di luar. Tahu jugakah anda bahawa terdapat beberapa situasi di mana, anda sebenarnya perlu menelefon ambulan kerana anda terluka?
Anda perlu memanggil ambulans jika:
  • Pendarahan yang berlaku adalah serius dan dalam
  • Anda merasakan adanya pendarahan dalaman
  • Terasa sakit di bahagian abdomen dan dada
  • Pendarahan tidak berhenti selepas 10 minit mengenakan tekanan yang sederhana kuat dan stabil
  • Darah memancut keluar daripada temapt luka.
Berikut adlah sedikit tanda-tanda yang anda boleh gunakan bagi menjadi bukti yang kukuh untuk anda menelefon ambulans.
Sekiranya anda merasakan luka dan pendarahan anda kurang serius, anda boleh melakukan langkah-langkah ini bagi mengawal situasi tersebut
1. Hentikan pendarahan
  • Kenakan tekanan yang sederhana dan stabil kepada tempat luka dengan menggunakan kain bersih, tisu, atau sehelai kain gauza sehingga pendarahan terhenti
  • Sekiranya darah meresap membasahi kain tekapan, jangan tanggalkan kain tersebut, balutkan kain baru di atas lapisan tersebut dan teruskan memberikan tekanan
  • Sekiranya kecederaan berada di bahagian lengan atau kaki, naikkan bahagian tersebut di paras lebih tinggi daripada jantung anda, sekiranya boleh untuk memperlahankan pendarahan.
  • Sekiranya anda memberikan bantuan kepada seseorang, pastikan and membasuh tangan anda selepas memeberikan bantuan kecemasan dan sebelum membersihkan dan menyelenggarakan luka yang ada pada mangsa.
  • Tidak perlu mengikat lengan atau kaki mangsa dengan kain yang ketat (tourniquet) sekira kecederaan tidak serius.
2. Bersihkan luka
  • Dengan lembut, bersihkan bahagian luka dengan air suam dan sabun. Cuba bilas sabun tersebut untuk mengelakkan kemudaratan
  • Jangan gunakan hydrogen peroksida atau iodin untuk mengelakkan kerosakan tisu badan
3. Awasi luka tersebut
  • Sapukan krim antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman dan balutkan dengan kain balutan yang bersih
  • Tukarkan kain balutan setiap hari untuk mengekalkan luka tersebut kering dan bersih
4. Bila anda perlu pergi jumpa doktor
  • Luka tersebut dalam atau bahagian tepi luka bergerigi atau terbuka
  • Luka tersebut di bahagian muka
  • Luka tersebut mempunyai kekotoran seperti tanah yang tidak boleh keluar
  • Terdap[at tanda-tanda jangkitan kumabn seperti kemerahan, lembik, mengeluarkan cecair yang likat, atau mangsa memngalami demam
  • Kawasan luka terasa kebas
  • Terdapat jalur-jalur merah di bahagian luka
  • Luka disebabkan gigitan haiwan atau manusia
  • Mangsa terkena luka yang dalam dan belum mendapatkan suntikan tetanus (kancing gigi) sekurang-kurangnya 5 tahun yang sebelumnya
Sumebr: WebMD

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...