Friday, April 10, 2020

Siapa Yang Tidak Suka Makan Bawang Merah, Mungkin Terlepas Peluang Menikmati Khasiat-Khasiat Ini!

siapa yang tidak suka makan bawang merah, mungkin terlepas peluang menikmati khasiat-khasiat ini!
Bawang merah merupakan bahan yang agak penting dalam masakan-masakan Asia Tenggara dan khususnya Malaysia. Ia selalu digunakan sebagai asas tumisan kerana rasanya yang sedikit manis dan aromanya yang menambat setiap hidung yang terhidunya.
Tahukah anda tentang khasiat-khasiat bawang merah ini?
1. Mengatasi sembelit
Bawang merah mempunyai kandungan serat yang tinggi yang dapat mengurangkan kotoran dan toksin di dalam badan anda.
2. Mengawal kadar gula dalam darah
Flanovoid dalam bawang merah membantu mengawal penghasilan insulin. Insulin merupakan hormon dalam badan yang membantu mengekalkan kadar gula dalam badan pada tahap yang selamat.
3. meningkatkan kesihatan jantung
Bawang merah dikatakan dapat membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan juga membantu meningkatkan kesihatan saluran darah.
4. Mengawal tahap kolesterol
Kandungan sulfur dan asid amino dalam bawang bermanfaat dalam mengurangkan tahap kolesterol.
5. Mencegah perkembangan sel kanser
Khasiat bawang merah dikatakan dapat memebantu mencegah penyakit kanser prostat dan pertumbuhan sel-sel kanser.
6. Bahan detoks
Pengambilan bawang merah di dalam makanan membantu menlancarkan pengaliran darah dan seterusnya membantu dalam pembuangan toksin dan kotoran di dalam badan. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan penghasilan enzim pencernaan yang juga membantu dalam menyahkan kotoran dalam badan.
7. Membantu perkembangan otak
Kandungan folat dalam bawang merah dikatakan dapat membantu perkembangan otak. Ia juga membantu melindungi DNA dan RNA dalam badan anda.
Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat bawang merah ini. Patutlah nenek moyang kita sentiasa kelihatan sihat! Kerana masakan Asia Tenggara tidak akan lengkap tanpahadirnya bawang merah!
Sumber: Dokter Sehat

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...