Wednesday, April 8, 2020

Adakah Bau Badan Menjadi Masalah Harian Anda?

Sesetengah daripada kita mungkin tidak asing lagi daripada masalah ini. Terkadang masalah ini menjadikan kita kurang bersemangat untuk berada di kawasan umum, takutakan mengganggu orang lain. Tahukah anda mengapa terjadinya masalah bau badan ini?
Untuk pengetahuan umum, bau badab ini adalah fenomena semula jadi yang berlaku kepada setiap insan yang mengecapi umur aqil baligh. Bromhidrosis (nama lain bagi bau badan) ini berlaku disebabkan meningkatnya kadar hormon di dalam badan yang dipanggil androgen.
Peluh sebanrnya tidak berbau pun, tetapinya, kuman menjadikannya sebagai faktor pembiakan yang optimum. Bau tersebut terwujud apabila bakteria-bakteria ini bertindak balas dengan protein di permukaan kulit anda.
adakah bau badan menjadi masalah harian anda?

 

Jadi, macam mana kita nak kawal bau badan kita ini sebenarnya?

Antara tips yang anda mungkin boleh cuba adalah berikut:
1. Cuba pakai antiperspiran pada waktu malam. Ia adalah bahan yang beoleh memebantu anda mengurangkan perpeluhan dan ianya berlainan dengan deodoran. Walaubagaimanapun, sesetengah deodoran mempunyai agen antiperspiran di dalamnya. Letakkan di bahagian ketiak anda pada waktu malam. Hal ini akan memebrikan peluang agen tersebut untuk meresap kedalam kulit anda dan mengurangkan peluh dengan lebih berkesan!
2. Pastikan bahagian bawah lengan anda sentiasa kering. Bakteria tidak akan dapat membiak di tempat yang kering.
3. Gunakan larutan hydrogen peroksida. Campurkan satu sudu teh hydrogen peroksida (3%) bersama secawan air bersih. Gunakan kain lap yang bersih untuk lapkan larutan tersebut kepada bahagian-bahagian yang bermasalah (ketiak, di celah kaki, dan juga tapak kaki)
4. Sekiranya masalah utama bau badan anda berlaku sewaktu selepas aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya, pastikan anda membasuh baju-baju yang digunakan untuk bersenam secara kerap.   
5. Ubah diet pemakanan anda. Terkadang makanan menjadi faktoir masalah pengeluaran bau badan yang mungkin kurang menyenangkan. Terutamanya makanan yang berlemak, berminyak, atau yang memepunyai aroma yang kuat seperti bawang putih, kari, dan bawang merah boleh meresap keluar melalui pora-pora di kulit kita.
6. Mencukur bulu-bulu di bahagian yang bermasalah juga membantu dalam mengurangkan kadar pembiakan bakteria dan secara langsung mengurangkan masalah bau badan yang ketara.
Sumber: WebMD

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...