Wednesday, April 8, 2020

Kek Keju Hangus Menjadi Viral? Susah Ke Nak Buat?

kek keju hangus menjadi viral? susah ke nak buat?Photo: Bon Appetit
Haa, mesti anda pernah dengar tentang Basque burnt cheesecake ini kan? Sekarang ini bersepah warganet memuat naik kek ini sehingga menjadi viral. Keenakkan kek keju bersama keunikan rupanya yang seolah-olah hangus ini menarik minat penggemar kek keju.

ADVERTISING
Menurut resepi dibawah ini, tidaklah begitu susah pun untuk membuatnya. Lagi-lagi untuk mereka yang sudah biasa membuat kek.
Mari kita berkongsi reepi kek yang viral ini bersama.
Bahan-bahan:
225gram krim keju
70gram gula kastor
1 kuning telur
2 biji telur
1 sudu besar tepung kek
Esen vanila
115gram ‘whipped cream’ atau krim putar
Cara-cara:
  1. Campurkan krim keju dan gula. Gaul sebati sehingga gula larut dan krim keju menjadi lembut.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain satu persatu kecuali tepung kek. Pastikan anda gaul sebati setiap bahan sebelum memasukkan bahan yang seterusnya.
  3. Kemudian, ayakkan tepung tadi dan gaul sebati.
  4. Sediakan acuan kek yang bersaiz 6 inci bersama kertas minyak atau kertas yang sesuai untuk membakar kek.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar selama 50 minit pada suhu 200⁰C.
  6. Setelah kek masak, biarkan sebentar untuk ia sejuk sedikit dan anda boleh nikmati kek keju hangus ini sepertimana anda lihat rakan-rakabn anda menikmatinya di media sosial.
Sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...