Pernahkah terjadi kepada anda, rasa letih, lesu dan tak bermaya meskipun anda tidak berbuat apa-apa sepanjang hari?
- Sindrom kelesuan kronik (CFS)
- Gangguan tiroid
- Kemurungan
- Anemia
- Apnea tidur
- Diabetes
- Kegagalan fungsi jantung
Bercakap soal kemurungan, masalah ini sering terjadi kepada ramai orang dan ada ketikanya ia tidak pun disedari oleh individu berkenaan.
Kemurungan atau depression boleh menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
Akibatnya, badan akan sentiasa merasa letih, lesu dan tidak berdaya sepanjang hari, meskipun individu itu tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan jika anda merasa sangat lesu dan tidak berdaya yang berterusan selama 2 minggu.
Sumber: Public Health Malaysia / My Health My Life
No comments:
Post a Comment