Aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam mengawasi penularan wabak COVID-19 dalam negara ketika ini.
Disebabkan itu jugalah, penggunaan aplikasi ini kini diwajibkan disemua premis perniagaan.
Namun timbul persoalan sekiranya ibubapa yang mempunyai anak kecil untuk menggunakan aplikasi ini, bagaimana caranya untuk mendaftarkan nama mereka juga ketika memasuki premis?
Berikut adalah cara bagi memasukkan nama anak, ibubapa atau pasangan yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera:
1. Buka pada aplikasi MySejahtera dan tekan butang ‘More’.
2. Cari pada bahagian ‘Manage Dependent’.
3. Masukkan maklumat anak, pasangan atau ibubapa yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, kemudian tekan ‘Save’.
Selepas selesai memasukkan maklumat berkenaan, apabila anda menggunakan aplikasi MySejahtera, nama dependent anda akan muncul bersama selepas anda scan kod QR dimana-mana premis.
Dengan cara ini, ia akan memudahkan KKM untuk mengesan semua kontak rapat yang berada dalam kawasan tersebut sekiranya ada jangkitan kes COVID-19.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment