Tuesday, April 6, 2021

Awas! Minum Air Panas Dalam Cawan Kertas Mampu Tingkatkan Risiko Kanser! - Kajian

Ada kajian yang telah membuktikan bahawa kopi mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan. Tetapi semua benda kalas diambil secara berlebihan, akan memberi kesan negatif pada tubuh badan manusia.

Bukan itu sahaja yang boleh mempengaruhi kesihatan, menurut kajian The Journal of Hazardous Materials, cara kita minum kopi juga boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan manusia.

awas! minum air panas dalam cawan kertas mampu tingkatkan risiko kanser! - kajian

Kajian itu menjelaskan kopi atau teh serta minuman panas lain yang diminum terus daripada cawan kertas dengan lapisan filem plastik dapat membuatkan tubuh terdedah kepada partikel mikroplastik berbahaya.

Partikel itu boleh menimbulkan resan berbahaya bagi kesihatan manusia.

Menurut penulis utama kajian tersebut, Dr Sudha Goel,  rata-rata orang yang minum tiga cawan teh atau kopi setiap hari dalam cawan kertas akan menelan 75,000 partikel mikroplastik kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Dalam masa 15 minit kopi atau teh dibiarkan sebelum diminum, lapisan mikroplastik pada cawan kertas akan terurai," katanya.

awas! minum air panas dalam cawan kertas mampu tingkatkan risiko kanser! - kajian

Gambar sisa mikroplastik di dalam air panas setelah dibiarkan di dalam cawan kertas selama 15 minit.

Partikel mikroplastik didefinisikan sebagai potongan kecil plastik atau serat sintetik berukuran 5mm atau kurang. Partikel ini terdapat pada produk harian kita seperti pakaian dan produk kecantikan.

awas! minum air panas dalam cawan kertas mampu tingkatkan risiko kanser! - kajian

Dalam laporan kajian itu, ia menjelaskan mikroplastik bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada manusia tetapi kehidupan laut apabila ada yang membuang barangan plastik dan kertas ke dalam laut.

Kesan partikel mikroplastik ini ia boleh meningkatkan risiko kanser, masalah organ dan membantutkan perkembangan kanak-kanak.

Sumber: ZME Science

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...