Monday, April 26, 2021

Susu Kotak Kalau Dah Buka Memang Senang Basi, Boleh Tahan 3 Hari Simpan Dalam Peti Sejuk!

Susu merupakan minuman yang membekalkan sumber khasiat kepada semua individu. Susu boleh diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yogurt, aiskrim, gelato, keju, kasein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan makanan lain. Bagaimanapun, susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

Proses penyimpanan susu bukanlah semudah yang disangka. Jika tersalah simpan, ia akan menyebabkan susu menjadi basi. Kebiasaannya, mereka yang meminum susu akan menyimpan susu kotak dalam peti ais untuk satu tempoh tertentu.

Persoalannya, berapa lamakah susu kotak atau susu lain boleh disimpan sebelum ia diguna semula?

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

Mesti ramai yang menyangka, selagi air susu itu tidak basi atau berketul, selagi itulah air susu itu masih elok diminum. Namun tahukah anda, susu kotak atau botol yang dipastur dan sudah dibuka, hanya tahan sehingga 3 hari jika disimpan dalam peti sejuk, manakala 3 jam jika ia diletakkan diluar pada suhu bilik?

Memetik hantaran dari Public Health Malaysia, susu kotak atau susu botol yang belum dibuka dan disimpan dalam peti sejuk boleh tahan hingga tarikh luput atau 5 hari selepas dibeli, atau mana-mana yang lebih awal.

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

Berbeza dengan susu Ultra-heat Treatment (UHT) atau susu kotak sekolah, selagi ia belum dibuka, ia akan tahan sehingga tarikh luputnya sahaja.

Berikut adalah senarai penuh ketahanan susu dan produk tenusu, seperti yang disarankan oleh Public Health Malaysia:

Susu botol/kotak (Pastur)

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

  • Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka - tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
  • Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 3 hari.
  • Jika diletakkan diluar - habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

  • Kotak yang belum dibuka - Tahan sehingga tarikh luput
  • Jika dibuka - perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
  • Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

Susu tepung

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

  • Belum dibuka - boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
  • Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama - tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
  • Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

Susu frozen

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

  • Tahan 3 bulan.
  • Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

Yogurt

susu kotak kalau dah buka memang senang basi, boleh tahan 3 hari simpan dalam peti sejuk!

  • Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk - tahan sehingga 2 minggu
  • Jika dibuka - habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

Perlu diingatkan, meminum susu yang sudah tamat tempoh atau susu yang rendah kualitinya, boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keracunan.

Sumber: Public Health Malaysia

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...