Tuesday, January 14, 2020

Tom Yam Goong Autentik Thailand

tom yam goong autentik thailand
Tom yam merupakan hidangan yang digemari oleh rakyat Malaysia tidak mengira musim atau hari. Agak-agak kalau malas masak, [ergi sahaja gerai tom yam seafood dan order untuk seluruh famili. Tapi terkadang kalau pergi di kedai, kita tidak dapat kepuasan isi yang banyak atau kuah yang kurang kaw.

ADVERTISING
ari kita kongsi resepi tom yam goong yang berasal dari Thailand yang autentik!

 

Bahan-bahan:
15 ekor udang, dikupas, (simpan kulit dan kepalanya)
3 cawan air
5-6 hirisan lengkuas
2 batang serai
6 helai daun limau purut
Akar daun ketumbar
2 biji cili padi (mengikut tahap kepedasan keinginan anda)
3 sudu besar susu cair
1 cawan cendawan tiram
2 sudu besar pes tom yam
1 ½ sudu besar sos ikan
Garam
Gula
Bawang besar, dihiris
2 sudu besar jus limau kasturi/nipis
Daun ketumbar

 

Cara-cara:
1. Panaskan kuali pada api sederhana dan masukkan kulit dan kepala udang. Sangai sehingga ianya berukar warna. Letakkan sedikit minyak sekiranya anda takut ia akan melekat. Langkah ini akan memeberikan tom yam goong anda rasa udang yang lebih mendalam dan berlemak. Pastikan udang anda udang segar.
2. Masukkan air dan rebus sehingga mendidih supaya rasa pati udang tadi meresap ke kuah. Kaut kembali kulit dan kepala udang tadi dan boleh dibuang.
3. Masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, akar ketumbar dan cili padi. Tunggu sehingga mendidih sebelum anda masukkan susu cair. Selpas itu, masukkan cendawan anda.
4. Untuk mengelakkan cendawan anda daripada menjadi terlalu lembut, terus masukkan pes tom yam anda bersama garam dan gula secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
5. sekarang tiba masa anda masukkan udang anda bersama hirisan bawang besar. Hirisan bawang ini akan menambahkan kemanisan tom yam anda.
6. Setelah udang anda masak, masukkan air limau tadi. Air limau dimasukkan selepas udang supaya ia tidak menjadi keras.
7. Setelah merasa tom yam anda, dan tambahkan apa yang patut, anda boleh tutup api dan masukkan daun ketumbar semahu anda. Dan, tom yam goong anda sudah siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook

1 comment:

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...