Tahukah anda jika Ibu bapa terlalu menjaga kebersihan anak, ia akan memudaratkan mereka?
Dan sebenarnya ada 5 jenis langkah kebersihan yang selalu kita buat salah.
1. Jangan anggap rumah macam hospital
Rumah anda tak perlu bersih seperti hospital – saran Dr. Jack Gilbert, salah seorang pengarang buku Dirt Is Good.
“Rumah yang bebas dari kuman mengurangkan peluang pendedahan mikrob yang boleh merangsang dan menguatkan sistem imun anak anda.”
2. Bayi anda bukannya kotor sangat
Menurut Dr. Gilbert, “Kadang-kadang adalah lebih baik untuk mencuci badan mereka dengan menggunakan kain lembap dan membasuh kemaluan dengan air sahaja.
3. Anda tak perlu mensterilkan puting anak setiap masa
Jangan bimbang. Merendam puting dalam air panas memang memberi kesan yang sama, tapi rangsangan mikrob boleh menyumbang sistem imun yang lebih kuat, kata Dr Gilbert.
4. Bukalah tingkap
Udara segar sangat baik! Menurut Dr Gilbert, banyak faedah jika anda mematikan penyaman udara dan membuka tingkap dari masa ke semasa.
5. Peraturan 5 saat jatuh tak apa itu mitos sahaja!
Mikrob memerlukan masa sebanyak beberapa milisaat sahaja untuk melekatkan pada sekeping roti dan memberi bakteria.
Memberi makanan yang telah disteril tidak akan mengurangkan jangkitan, namun ia boleh mengurangkan pendedahan anak dengan jangkitan, dan melemahkan sistem imun mereka.
Sumber : The Health
No comments:
Post a Comment