Monday, April 26, 2021

Nilai Emas Ditentukan Ikut Gred, Kualiti Dan Jenis Emas, Haaa Ini 7 Jenis Yang Anda Perlu Tahu!

Sudah tentu emas selalunya ditentukan berdasarkan nilai gred dan nilai kualiti sesuatu emas tersebut. Nilai harga emas akan dinilaikan berdasarkan jenis emas tersebut. Di Malaysia, ada beberapa jenis emas yang tinggi ketulenannya.

emas mana yang sesuai untuk dipakai, tak ramai tahu tentang 7 jenis emas ini


Jadi di sini ada beberapa jenis emas di Malaysia.

1. Emas 999

Jenis emas 999 adalah emas asli yang mempunyai ketulenan 99.9%. Ia juga turut dipanggil emas 24K. Jenis emas yang paling mahal ini sesuai digunakan untuk pelaburan dan juga simpanan.

2. Emas 950

Emas 950 ini adalah jenis emas yang seringkali digunakan dalam pembuatan cincin dan gelang tangan. Jenis emas yang dikenali sebagai 23K ini mempunyai kandungan emas sebanyak 95% dan 5% pula adalah campuran bahan lain.

3. Emas 916

emas mana yang sesuai untuk dipakai, tak ramai tahu tentang 7 jenis emas ini

Emas 22K juga adalah nama lain bagi emas 916 ini. Emas ini paling banyak digunakan dalam penghasilan gelang tangan, rantai, cincin dan barang perhiasan wanita. Ia terdiri daripada 91.6% emas, 5% perak, tembaga 3.4% dan bahan lain sebanyak 8.4%.

4. Emas 835

Orang Kelantan pasti amat mengenali emas ini kerana ia amat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Emas yang turut digelar emas 20K ini mempunyai 83.5% kandungan emas manakala 16.5% adalah kandungan campuran bahan yang menguatkan emas tersebut.

5. Emas 18K

emas mana yang sesuai untuk dipakai, tak ramai tahu tentang 7 jenis emas ini

Emas 18K juga terdapat di Malaysia dimana ia mengandungi beberapa bahagian. Bahagian emas adalah sebanyak 18, 6 pula adalah bahagian satu atau lebih logam dengan 75% adalah emas.

6. Emas 14K

Emas 14K terdiri daripada kandungan emas sebanyak 58.3%, 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih logam. Kita boleh membuat semakan di mana-mana kedai emas untuk memastikan ketulenan emas tersebut.

7. Emas 12K

Mengandungi 12 bahagian emas, Emas 12K juga mempunyai 12 bahagian daripada satu atau tambahan logam. Ketulenan emas bagi emas 12K adalah sebanyak 50% emas. Semakin banyak campuran bahan lain, semakin membolehkan emas menukar warnanya. Ia dicampur dengan bahan lain untuk menjadikannya lebih keras dan tahan lasak berbanding mengekalkan keaslian sifat lembut emas tersebut.

Sekarang korang tahu serba sedikit tentang emas, jadi lepas ni nak belie mas takde lah rasa keliru.

Sumber: Wedpedia

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...