Makanan bergoreng adalah antara makanan yang paling disukai ramai kerana ia rasa lebih lazat, walaupun ia kurang baik untuk kesihatan.
Bagaimanapun, tanpa disedari ada beberapa kesalahan yang sering sekali dilakukan apabila ingin menggoreng makanan yang membuatkan rasanya berbeza.
1. Minyak terlalu panas
Suhu yang terlebih tinggi boleh membuat satu makanan itu dengan terlalu cepat dan menjadi kering. Bahkan, bahagian dalamnya tidak masak dengan sempurna yang boleh jadi punca sakit perut.
Jadi kalau nak goreng makanan, gunakan minyak dengan suhu di antara 162 hingga 198 darjah celcius. Boleh gunakan thermometer bagi memeriksa suhu minyak sebelum menggoreng.
2. Minyak kurang panas
Minyak terlalu panas tak boleh, kurang panas pun tak boleh juga. Kalau masak dengan minyak kurang panas pun akan mengurangkan rasa makanan, bahkan buat makanan lebih berminyak.
3. Minyak yang salah digunakan
Sebaiknya elakkan guna minyak seperti minyak zaitun atau jagung untuk menggoreng makanan yang memerlukan penggunaan minyak banyak. Lagipun minyak zaitun, lebih cepat dipanaskan, jadi suhu susah untuk dikawal.
Lebih baik gunakan minyak kacang, kelapa atau sawit kerana ia mempunyai rasa yang neutral dan tidak menggangu atau mengubah rasa makanan anda.
4. Menggoreng dalam kuantiti banyak
Kadang-kadang kita nak jimat masa, jadi kita akan goreng dalam kuantiti yang banyak. Tapi sebenarnya, Tindakan itu adalah salah.
Ini sebab ketika menggoreng, makanan perlukan ruang untuk bergerak agar dapat masak dengan rata dan sempurna. Apatah lagi kalau goreng donut.
5. Guna minyak terpakai
Guna semula minyak sudah digunakan dua atau tiga kali sebelum ini untuk menggoreng adalah satu kesalahan. Menggunakan minyak yang terpakai akan membuatkan makanan lebih berminyak dan meninggalkan rasa yang kurang enak.
Selain itu, menggunakan minyak terpakai boleh meningkatkan lagi risiko pembentukan lemak dalam badan.
Sumber: mStar
No comments:
Post a Comment