Thursday, June 17, 2021

Kemaafan Sebagai Penyuci Hati Nurani

 kemaafan sebagai penyuci hati nurani

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dengan kesilapan, terutamanya terhadap orang lain. Kemaafan adalah perkara biasa yang sering dilakukan ketika kita berhadapan dengan situasi tersebut. Ia merupakan suatu pelakuan yang menggunakan kekuatan emosi dan kehendak diri.

Sesetengah orang akan merasakan pelakuan memberi kemaafan itu suatu beban dan kesusahan- dan ianya sesuatu yang mereka perlu lakukan.

Konflik akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak rela di dalam hati mereka untuk memanjangkan kemaafan kepada individu yang lain.

Kajian terbaru dapat menunjukkan perkaitan antara memberi kemaafan kepda kesihatan seseorang individu tersebut.

Antara kelebihan memberi kemaafan kepada kesihatan diri adalah:

 
  1. Kesihatan fizikal dan mental yang sihat, secara umunya. Banyak kajian yang telah dibuat yang menunjukkan orang yang mudah untuk memeberikan kemaafan menunjukkan kadar stress dan kesihatan mental dan fizikal yang baik. Sebuah kajian membuat konklusi bahawa kebersediaan untuk memaafkan mengurangkan risiko komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan stres.
 
  1. Kemahiran berfikir yang lebih baik. Memaafkan di dalam situasi-situasi yang kurang menyenangkan seperti ditimpa kesakitan yang kronik atau pemergia orang tersaayang, telah dapat dikaitkan dengan kemahiran untuk berfikir secara kritis dan eksekutif dengan lebih baik.
 
  1. Pelaksanaan kerja yang lebih produktif. Pemberian maaf terutamanya di dalam situasi pejabat, dapat mengurangkan tekanan dan stress sesama rakan kerja. Kajian lain juga dapat mengesan kenaikan prestasi pekerja dari segi kedatangan, produktiviti, stress dan kesihatan secara umumnya.
 

kemaafan sebagai penyuci hati nurani

Perkara utama dalam pemberian kemaafan, individu tersebut sendiri perlu berasa rela dan selesa dalam memberi kemaafan tersebut. Para pakar memberikan sedikit tips dalam menolong seseorang dalam memberikan kemaafan.

 
  • Jelaskan mengapa pelakuan si pelaku itu mengguris hati anda
  • Lihat perspektif si pelaku. Sekiranya anda berada di tempat dia, adakah anda akan membuat kesilapan yang sama?
  • Ingat kembali saat anda dimaafkan oleh seseorang dan betapa gembiranya anda rasa
  • Fokus kepada kebaikan pemberian maaf.

 

Sumber: WebMD

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...