Friday, June 25, 2021

Jenis-Jenis Cili Kering Yang Kita Patut Tahu Untuk Memasak

Mesti ramai orang bersangka semua cili kering ni sama saja. Tapi hakikatnya tidak. Ada beberapa jenis cili kering serta nama yang mereka yang tersendiri.

Jangan risau ni nak kongsikan la jenis-jenis cili kering dan sesuai untuk masakan jenis apa.

#1 Cili kering berkilat

jenis-jenis cili kering yang kita patut tahu untuk memasak

Senang je nak cam cili kering jenis berkilat ini. Bentuknya lurus, berkilat dan mempunyai banyak biji. Berwarna merah menyala dan tidak bertangkai. Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk dapat di mana-mana sahaja.

#2 Cili kering berkerinting

jenis-jenis cili kering yang kita patut tahu untuk memasak

Cili kering ini berkedut dan kecut, bertangkai, banyak biji dan warnanya merah gelap. Sangat sesuai dengan semua jenis masakan sebab kurang pedas jika dibandingkan dengan cili kering berkilat. Cili kering ini sering kita guna. Ia senang untuk didapati kerana murah.

#3 Cili kering gemuk

jenis-jenis cili kering yang kita patut tahu untuk memasak

Cili kering jenis ini pula sifatnya gemuk, kurang biji dan berwarna merah-merah kehitaman. Cili jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk masak sambal nasi lemak. Cili ini biasanya kita akan jumpa di bahagian Pantai Timur.

#4 Cili kering paprika

jenis-jenis cili kering yang kita patut tahu untuk memasak

Akhir sekali, cili kering paprika. Ianya lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan berwarna

merah menyala. Kebiasaannya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk dan amat sesuai

digunakan untuk masak kari dan tomyam.

Sumber: My Resipi

Risiko Menjadi Bapa Pada Usia Lanjut

Isu yang kita selalu dengar adalah orang ramai mengingatkan kaum hawa akan risiko melahirkan anak pada usia yang matang. Walhal, kelahiran cahaya mata ke dunia ini tidak bergantung sepenuhnya kepada kesihatan si ibu sahaja, para bapa juga harus beringat, terdapat risiko sekiranya mereka ingin mendapatkan zuriat pada usia yang sedikit lanjut

risiko menjadi bapa pada usia lanjut

Satu kajian yang dijalankan oleh jurnal BMJ pada Oktober 2018 mendapati terdapat risiko bagi lelaki yang menjadi bapa pada umur yang lebih matang. Anak mempunyai 14% lebih risiko untuk dilahirkan pra-matang sekiranya bapa berumur 45 – 54 tahun berbanding mereka yang berada pada jangka umur 25 – 34. Bayi juga mempunyai risiko untuk dilahirkan dengan kekurangan berat.

Kelahiran pra-matang beleh menyebabkan kesan jangka panjang kepada bayi berkaitan kesihatan mental dan fizikalnya. Kekurangan berat pada bayi yang baru lahir juga akan menyebabkan beberapa komplikasi dan boleh berada di bawah rawatan rapi.

risiko menjadi bapa pada usia lanjut

Kajian lalu telah menemui kaitan antara faktor umur bapa yang lanjut dengan risiko bayi mengalami keguguran dan menghidapi autism dan skizofrenia.

Pengeluaran hasil kajian ini bukanlah untuk menakut-nakutkan para bapa yang sedikit matang untuk menimang zuriat. Hal ini adalah untuk menyebarkan kesedaran dan menyeru para bapa untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Antara langkah penjagaan yang boleh dibincangkan oleh para bapa dengan doktor adalah:

  • Adakah anda mempunyai risiko yang boleh menjejaskan kelahiran zuriat? Selain daripada umur, berat, cara pemakanan dan kekerapan aktiviti fizikal juga boleh menjadi faktor kesihatan zuriat yang ingin ditimang
  • Langkah pencegahan yang boleh diambil. Rokok, alkohol dan penggunaan dadah boleh menjejaskan kesuburan lelaki.
  • Keperluan menjalani ujian kesuburan. Sekiranya kekurangan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata, ada baiknya para bapa menjalani ujian kesuburan supaya perancangan kekeluargaan boleh dibuat.

risiko menjadi bapa pada usia lanjut

Sumber: WebMD

Wednesday, June 23, 2021

Perut Banyak Angin? Cuba Petua Minum Air Susu Halia Ni!

Petua yang ini mungkin dijangka pelik oleh orang ramai. Namun cara ini amat berkesan, terutama sekali kepada mereka yang kerap sangat buang angin atau badan yang sentiasa berangin.

Sangat dialu-alukan supaya mengamalkan petua ini.

Bahan-bahan:

perut banyak angin? cuba petua minum air susu halia ni!

3 batang serai

4 cm halia atau 2 ketul

Susu

1 uncang teh (ini adalah pilihan kalau tak nak masukkan pun tidak mengapa)

Cara-caranya:

perut banyak angin? cuba petua minum air susu halia ni!

1. Serai dan halia diketukkan terlebih dahulu

2. Rebus dengan 3 gelas air sehingga dijadikan 1 gelas air dan masukkan susu kesukaan anda.

3. Tunggu suam untuk diminum.

Minuman ini disyorkan minum selepas makan di siang hari.

Sumber: Pesona Pengantin

Tuesday, June 22, 2021

Hujan Lebat Tapi Wiper Masih Tak Membantu, Ini Tips Penjagaan Wiper Kereta Supaya Tahan Lama!

Rasanya ramai je orang yang tak selesa memandu ketika hujan lebat. Bahkan, sanggup tunggu hujan sudah reda baru berani nak mulakan perjalanan. Bukan apa, ini kerana penglihatan menjadi sukar disebabkan oleh rintik hujan yang membasahi cermin kereta akan mengaburi pandangan.

Bila hujan dah terlampau lebat, penggunaan wiper masih tidak membantu akibat getah pada wiper yang cepat kembang dan rosak. Jadi, apa yang patut anda lakukan?

Haaaaa, ini ada beberapa tips penjagaan wiper kereta supaya boleh tahan lebih lama dan tidak cepat rosak!

1. Elak guna wiper waktu kering

hujan lebat tapi wiper masih tak membantu, ini tips penjagaan wiper kereta supaya tahan lama!

Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah. Jadi bila kita terguna wiper pada waktu kering, wiper akan haus lebih cepat. Bila ada habuk & kotoran kat cermin depan, pastikan anda guna pancuran air untuk basahkan cermin dulu.

2. Rajin bersihkan wiper

hujan lebat tapi wiper masih tak membantu, ini tips penjagaan wiper kereta supaya tahan lama!

Elakkan pengumpulan kotoran dekat bawah bilah wiper dengan cara lap menggunakan kain lembap sebab takut calar windscreen nanti. Anda kena buat ini setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali anda ingin mencuci kereta.

3. Pastikan cermin kereta bersih

hujan lebat tapi wiper masih tak membantu, ini tips penjagaan wiper kereta supaya tahan lama!

Kalau anda suka guna pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen minyak, sila ambil perhatian ya! Ini kerana air untuk mengelap cermin itu jarang ditukar. Maknanya, mungkin anda akan menggunakan air yang kotor untuk lap cermin kereta.

4. Pastikan pengelap cermin dipasang dengan sempurna

hujan lebat tapi wiper masih tak membantu, ini tips penjagaan wiper kereta supaya tahan lama!

Bagi anda yang selalu tukar wiper, pastikan pengelap cermin anda dipasang dengan kemas ditempatnya. Buka penutup skru dan tengok skru kat bawah. Pengelap cermin anda itu tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

5. Ganti atau tukar bilah wiper apabila sudah tiba masanya

hujan lebat tapi wiper masih tak membantu, ini tips penjagaan wiper kereta supaya tahan lama!

Kalau boleh sila tukar bilah wiper setiap 6 bulan. Kalau anda nampak wiper sudah merekah, kering ataupun terbelah, itu menandakan wiper anda perlu ditukar.

Okay lepas ni dah boleh cuba tips ini.

Sumber: Twitter

Masalah Mulut Berbau, Doktor Gigi Ini Kongsikan Cara Penjagaan Gigi Yang Betul

 Dr. Ezani yang merupakan juara untuk Master Chef Malaysia musim pertama. Beliau memiliki sdaya tarikan yang menarik dengan senyumannya.

doktor gigi kongsi cara hilangkan bau mulut dan penjagaan yang betul

Malah, sebagai seorang doktor gigi juga, beliau berkongsi cara penjagaan yang betul agar kekal sihat dan cantik.

  1. Ramai yang memberus gigi dengan cara yang salah. Sebaiknya memberus gigi hingga ke gusi kerana di situ terdapat banyak bakteria dan plague’.
  2. Kita sering memberus gigi tetapi kita terlupa betapa pentingnya flossing’. Floss membantu mengeluarkan sisa makan yang tersangkut di celahan gigi. Sisa makan yang tersangkut membuatkan gigi mudah berlubang.
  3. Jangan gunakan berus yang keras kerana ia akan menyebabkan kesan luka pada gusi. Gunakan berus yang lembut supaya ia dapat mencapai setiap celahan gigi.
  4. Jangan terpengaruh dengan rawatan rawatan murah seperti dilihat dilaman sosial.
  5. Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida sebagai pelindungan.
  6. Apabila kita memberus gigi pastikan kita bersihkan lidah dan juga lelangit.

Haa, pastikan korang ikut tips penjagaan gigi diatas ni ya untuk kesihatan mulut dan gigi yang baik. Selamat mencuba!

doktor gigi kongsi cara hilangkan bau mulut dan penjagaan yang betul

Sumber: Nona

Saturday, June 19, 2021

Awas Ada ‘Pemangsa’ Yang Memerhati! Bukan Semua Gambar Anak Perlu Kongsi Di Media Sosial

 Ada kajian yang menunjukkan anak-anak yang menjelang umur 5 tahun, ibu bapa secara puratanya telah berkongsi lebih 1500 gambar anak.

awas ada ‘pemangsa’ yang memerhati! bukan semua gambar anak perlu kongsi di media sosial

Sudah tentu kesemua ibu bapa memang teruja untuk berkongsi kecomelan anak masing-masing, tetapi tahukah anda, bukan semua jenis gambar anak perlu dikongsi sewajarnya.

PDRM pernah melaporkan mengenai kehilangan 834 kanak kanak yang tidak dapat dikesan.

Ibu bapa perlu lebih berhati hati kerana ada “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana yang mungkin sedang memerhatikan anak anda.

Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.

Dengan butiran itu, secara tidak langsung, ini dapat memudahkan “pemangsa” untuk menjejak anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi untuk tujuan jenayah.

Jangan hidangkan golongan peadophilia dengan santapan gambar-gambar anak anda yang bogel atau separa bogel. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.

awas ada ‘pemangsa’ yang memerhati! bukan semua gambar anak perlu kongsi di media sosial

Selain itu, gambar yang berunsur penderaan, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada umum.

Ketahuilah, suatu hari nanti mereka akan meningkat dewasa pasti mereka enggan momen yang memalukan itu dikongsi.

Akhir sekali, semak tetapan privasi akaun anda dan berhati hati untuk “menerima” rakan yang tidak dikenali di media sosial.

awas ada ‘pemangsa’ yang memerhati! bukan semua gambar anak perlu kongsi di media sosial

Sumber: Public Health Malaysia

Pakai Je Biji Ketumbar Yang Ada Kat Dapur Tu, Ini Cara Tanam Ketumbar Di Rumah!

Tanya sesiapa sahaja kalau nak masak, mesti kita akan cari bahan segar. Tapi kalau herba atau ramuan mesti akan beli juga di pasar raya. Tapi tahu tak anda boleh saja nak tanam ketumbar di rumah menggunakan biji ketumbar yang ada di dapur!

pakai je biji ketumbar yang ada kat dapur tu, ini cara tanam ketumbar di rumah!

Ini caranya!

  • 1 genggam biji ketumbar buat masak 
  • Rendam 5 jam
  • Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ya, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia)
  • Sesudah buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, perlu tabur sahaja.
  • Ambik genggaman tanah lain tabur nipis saja untuk tutup lapisan atas, kemudian siram
  • Letak dalam panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup.

Note: Kena rajin siram selalu kerana ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung. 

Sumber: Princess Naznin

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...